
Sulit
5 tahun
Sakit perut (gastrik)
Saya seorang suri rumah yg berusia 21 tahun. Saya mengalami masalah sakit perut. Setiap kali ke klinik, saya akan diberi ubat gastrik. Tapi, pada minggu ini, selepas saya pergi dapatkan rawatan di klinik, lalu saya mengambil ubatan yg berikan. Sakit perut masih lagi berlaku. Sakitnya seperti sakit perut seperti ditekan di abdomen atas, tekak rasa mual, dalam 1 minggu, pasti saya akan tersedar tengah malam untuk muntah (pahit) dan perut seakan berapi. Saya juga mengalami kerap buang air besar. Najis saya lembut berwarna kuning kehijauan beserta lendir. Saya mengamalkan diet yg tidak pedas, tidak masam dan kurang berminyak. Bantu saya dr. Setiap kali ke klinik, hanya gastrik yg dr beritahu. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami dapat terjadi akibat beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.