
Sulit
4 tahun
Sakit perut ketika bersama suami
saya wanita 27 tahun dan telah berkahwin. Masalah saya adalah perut saya terasa sakit ketika bersama suami. Ini kali pertama saya berasa sakit di tengah tengah perut. sebelum ni tidak pernah terjadi seperti ini. Mula terjadi sakit perut apabila kami melakukan dalam posisi doggy. Perut terasa sangat senak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham anda bimbang terhadap masalah sakit perut anda selepas bersama dengan suami.
Masalah sakit perut berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain daripada hubungan seksual. Antaranya:
- Gastritis akut- boleh mengambil 2-10 hari untuk sembuh
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Secara amnya, masalah sakit perut jarang berlaku selepas seseorang mengadakan hubungan intim. Namun posisi yang salah atau tidak selesa boleh menyebabkan kecederaan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.