
Sulit
3 tahun
Sakit perut ketika hamil 7 bulan
Saya mengandung 7bulan. Secara tiba-tiba saya mengalami sakit perut yang teramat sakit seakan kejang atau cramps di bahagian bawah perut. Tiada kesan darah dan kandungan bergerak macam biasa. Sakit tersebut lebih teruk bila saya bergerak atau berjalan. Kalau duduk sahaja tiada rasa sakit. Sudah berlanjutan 12 jam. Boleh tahu kenapa dan apa rawatan yang perlu saya buat?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Namun kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Terdapat banyak faktor kenapa perut boleh sakit ketika hamil. Ia boleh berpunca dari fisiologi dan respon tubuh yang normal disebabkan oleh:
- peningkatan tekanan abdomen akibat fisilogi kehamilan
- perubahan struktur rahim dan organ kehamilan yang lain
- perubahan fisiologi yang lain seperti implantasi dan pembesaran plasenta
atau ia boleh berpunca dari gangguan tubuh yang telah diperberat dengan fisiologi bersin, seperti:
- Ganguan saluran pencernaan
- Gangguan otot abdomen
- Gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.