Sulit
4 tahun
Sakit perut ketika period
saya selalu bila time priod selalu sakit perut tapi period sy datang sebulan skali ,sy risau sy tidak boleh hamil sebab sy dah kawin nak masuk setahun dah ,ada tak pemakanan yg sy perlu elakkan untuk mudah hamil?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut ketika haid ini boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon
- Sembelit
- Endometriosis/fibroid - boleh menyebabkan sakit perut dan ketidak suburan
Sekiranya anda mempunyai masalah kehamilan, anda dan suami anda perlu merujuk kepada doktor agar penilaian kesihatan dapat dibuat. Hal ini kerana masalah sukar hamil ini boleh disebabkan faktor wanita ataupun faktor suami anda dan ianya perlukan siasatan agar rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Anda dan suami and juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.