
Sulit
4 tahun
Sakit perut masa mengandung
Salam doc sy sakit perut belah kiri n kadang2 belah kanak sy mengandung 9 minggu n ade fibroid adekah perkara nie biasa… Sy amat risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut sewaktu hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- sembelit
- pyelonefritis yaitu keradangan buah pinggang
- cystitis yaitu keradangan pundi kencing
Seandainya gejala yang anda alami memburuk dengan disertai perdarahan muntah, mual berak berdarah dan sebagainya, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.