
Sulit
5 tahun
Sakit perut memulas dan cirit birit yang dtg sekejap2
Saya mengalami sakit perut dan cirit birit…tetapi sakit perut saya cuma dtg sekejap² shja…dtg dlm satu ke dua minit kemudian hilang…dan sya juga mengalami cirit birit…boleh sy tau puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.