
Sulit
4 tahun
Sakit perut menyucuk di bawah rusuk belah kiri
Saya wanita berusia 23tahun. Saya mengalami sakit perut dibahagian sebelah kiri, bawah sedikit daripada rusuk. Sakit ini menyucuk dan amat sakit. Sakit ini juga tidak berlarutan tetapi pada masa2 tertentu sahaja. Saya juga mengalami malasah buang air besar buat masa sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan anda tentang sakit yang anda alami. Terlebih dahulu saya bersimpati atas sakit yang anda hadapi . Saya fahami kebimbangan anda dan saya akan cuba untuk membantu anda memahami beberapa kondisi yang mungkin menyebabkan sakit anda.
Sakit di bahagian perut sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit. Ianya juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian samada penyakit daripada sistem penghadaman, penyakit khusus untuk wanita atau penyakit daripada sistem reproduktif dan buah pinggang.
Antara penyakit yang biasa dihadapi oleh seseorang adalah :
Sindrom iritasi usus : simptom bagi sindrom ini adalah sembelit, cirit birit, sakit dan kekejangan perut yang silih berganti. Simptom akan menjadi semakin teruk sekiranya pesakit mengalami stres dan pemakanan yang tidak seimbang.
Keradangan usus : terdapat dua jenis penyakit keradangan usus samada penyakit kron atau ulser kolon. Penyakit ini akan memberikan simptom sakit perut yang tidak spesifik, diiringin simptom najis berdarah, kehilangan berat badan dan sebagainya.
Penyakit celiac : penyakit ini berlaku apabila immune badan pesakit memusnahkan dinding perut sekiranya pesakit tersebut menghidap alergik kepada makanan ber-gluten.
Batu karang : Sakit di bahagian pinggang yang mecucuk, kadangkala pesakit juga akan sakit di bahagian kemaluan serta diiringi kencing berdarah.
Kanser kolon : sekiranya anda mengalami simptom sakit perut, kembung perut, cirit birit, atau penurunan berat badan yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian di hospital bagi mengtehui adakah ianya kanser atau tidak.
Oleh kerana anda seorang wanita, beberapa penyakit khusus bagi wanita juga harus dititik beratkan seperti :
- Kandungan luar rahim
- Sista ovari
- Endometriosis
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital atau Klinik berdekatan bagi mengetahui penyakit secara lebih spesifik. Anda juga boleh berhubung dengan kami di
( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi secara peribadi bersama Pakar. Terima kasih.