
Sulit
5 tahun
Sakit perut pada bahagian kiri bawah
Saya adalah seorang pelajar yang kerap mengalami sakit perut atau kram pada otot perut… kadang ii sakit sebelah kiri dan kadang ii juga sakit pada bahagian kanan… saya pergi klinik tetapi dokter tak dapat detect penyebab sakit saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- appendisitis kronik
- penyakit keradangan pelvik
- sembelit
- penyakit keradangan usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.