Sulit
5 tahun
Sakit perut & pedih ulu hati
Selamat petang…
Sya seorang lelaki berumur 28 tahun…
Sya mengalami rasa pedih (penuh) & tidak selesa di bahagian atas perut sebelah kiri tepat nya di bahagian bawah dada kiri…& ada masanya sya merasa pedih ulu hati & perut kembung…
Apakah penangan yang tepat untuk mengatasi masalah ini & apakah punca rasa pedih & tidak selesa ini ?..
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit perut & pedih ulu hati boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




























