
Sulit
3 tahun
Sakit perut sebelah bawah kiri semasa period
saya baru berumur 15 tetapi 2-3 bulan kebelakangan ini saya setiap kali bila datang period saya sakit perut disebelah bawah kiri yang terlampau sakit sampai xboleh bangun dan terbaring sahaja,saya juga kerap cirit birit.boleh dr. terangkan apa yang sedang saya alami sekarang ni…tkasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit perut pada sebelah bawah kiri semasa waktu haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom haid yang dialami oleh setiap wanita adalah berbeza. Gejala yang anda alami boleh dikaitkan dengan masalah senggugut. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Endometriosis
- Sista ovari
- Fibroid
- Jangkitan pada sistem reproduktif
- Penyakit radang pelvis
- Penggunaan ubat perancang, terutamanya IUCD
Saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan