nurhanissyahirah85
6 tahun
Sakit Perut Sebelah bawah kiri
Saya berusia 20 tahun. Kira2 3 bulan lepas, selepas 4 hari haid saya berhenti, darah kembali keluar selama 6 hari. Keadaan darahnya tak seperti haid, ianya cair dan bewarna darah. Selang sebulan, ketika saya berdiri di lrt, bahagian bawah perut saya sebelah kiri sakit, bila saya cek, darah keluar namun dalam 1, 2 hari. Sejak hari tu, bila saya sakit perut nak buang air besar, rasa tempat yang sama sakit seperti ditekan. Hari ini, saya mendapat sakit perut teruk. Namun ia menjadi lagi teruk bila bahagian kiri dan kanan bawah perut saya sakit. Sakitnya bawa ke pinggang. Dan selang 1 jam, rasa sakit tu hilang serta merta. Namun, bahagian bawah perut saya sebelah kiri ini sentiasa sakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sakit perut kiri bawah disertai perdarahan diluar kitaran haid berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
- Penyakit radang pelvis ( Pelvic inflammatory disease , PID)
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease (IBS)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























