
Sulit
5 tahun
Sakit perut sebelah kanan bawah pusat
Bila diri saya dalam keadaan stress, kepenatan, menangis atau ada apa2 tekanan yang melibatkan emosi dan fizikal, perut saya secara automatic akan menjadi sakit dan seperti ada jarum menusuk ketika saya nak berdiri atau bangun dari tidur.Saya pergi ke klinik dan diarahkan ke hospital dan telah pun menjalani pemeriksaan cek air kencing dan darah dan sumanya keputusan adalah baik dan normal.Mereka refer saya ke doktor bedah dan saya tidak melanjutkan urusan kerana sudah menunggu begitu lama untuk ujian air kncing dan darah. Sekarang ni, perut saya x brapa sakit tp rasa ngilu tiba2 tu ada, sakitnya akan dtg tidak menentu, tapi ia akan menjadi terok ketika saya mengalami gangguan emosi sprti yang telah saya nyatakan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Usus Tidak Selesa (Irritable bowel syndrome)
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Memandangkan sakit tersebut akan teruk apabila anda mengalami gangguan emosi, anda disarankan untuk melakukan aktiviti yang mengurangkan tekanan seperti berehat, beriadah dan sebagainya.
Sekiranya anda merasakan sakit ada berpanjangan dan berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan pembedahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.