
Anonymous
5 tahun
Sakit perut sebelah kiri seperti mencucuk
saya nurfaezah berumur 22 tahun sejak tengah malam semalam perut sebelah kiri saya sakit seperti cucuk cucuk dan sakit itu akan datang setiap 3-5minit berlarutan sehingga sekarang . boleh saya tahu kenapa ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut pada bahagian kiri boleh disebabkan:
- Sindrom pra-menstruasi (PMS)
- Sembelit
- Ovulasi
- Kista ovari pecah
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Jangkitan saluran air kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.