
Sulit
4 tahun
Sakit Perut Selepas Makan Malam
Assalamualaikum/salam sejahtera, saya mohon izin bertanya. Adakah normal bagi saya untuk sakit perut lebih-lebih lagi bahagian kiri bawah selepas makan. Sudah 5 hari berturut-turut. Kadangkala saya rasa macam mahu muntah pada waktu pagi namun tidak muntah hanya rasa. Adakah ia masih normal? Bagaimana cara untuk saya hilangkan sakit perut yang aneh ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap dalam mencari tahu penyebab kejaian gejala anda. Justeru, sebaiknya anda memberikan keterangan dan gejala yang lebih lengkap.
Secara umum, gejala sakit setelah makan dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser peptik yaitu luka di lapisan dinding saluran pencernaan
- Keradangan abdomen kronik (berpanjangan) seperti appendisitis
Memandangkan gejala ini telah berlangsung berulangkali, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.