Sulit

4 tahun

Sakit perut, seperti elektrik2

Saya remaja berumur 17 tahun yang menghidap penyakit yang saya tidak ketahui iaitu sakit perut setiap hari dan memberi kesan kepada saluran pernafasan saya iaitu sakit ketika hendak bernafas.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, persoalan lanjut masih diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar yang anda alami. Namun begitu, sakit perut sebegini biasanya disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:

  • Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
  • Sembelit
  • Pengambilan ubat
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
  • Diverticulosis
  • Jangkitan parasit
  • Radang usus (inflammatory bowel disease)
  • Usus tersumbat
  • Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
  • Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
  • Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
  • Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Seperti yang saya katakan, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor bagi mendapati keadaan sebenar anda. Oleh itu saya sarankan anda untuk ke hospital atau klinik sekiranya masalah ini berlarutan.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

recurrent_abdominal_pain%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)