
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti senggugut tetapi tidak dtg bulan lagi . Sblum sakit perut , sembelit dan najis berdarah
saya berumur 15 thun ( tinggi 154cm berat 48kg) . Sy dtg bulan pd 1 -4 hb first date . Sy mengalami sakit perut seperti senggugut wlaupun sy tidak haid ketika ini tpi lebih sakit selama 3 hari termasuk hari ini . Sakit perut sy dibahagian tengah . Sblum ini sy sembelit dan keluar drh ketika membuang air besar slps itu terus sakit perut . Bolehkah doctor beri keterangan ? Perlukah sy pergi ke klinik untuk dptkn rawatan ? Terima kasih doctor .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sengugut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis. Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Bagi gejala sakit perut serta najis berdarah yang anda alami dalam tempoh setahun ini boleh disebabkan:
- Penyakit Radang Usus
- Sembelit dan buasir
- Masalah pembekuan darah
- Polip/adenoma (ketumbuhan benign) dalam usus besar
- Ketumbuhan (kanser) usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.