
Sulit
5 tahun
Sakit perut setiap hari
Saya lelaki 25 tahun… Saya sudah mengalami sakit perut di bahagian bawah pusat selama 3 bulan…sakit akan muncul setiap pagi dan pada waktu malam. Ketika berak rasa pedas di bahagian anus. Perut sakit akan disusuli oleh sembelit.
Gejala yang sya alami.
- Sakit abdomen bawa pusat
- Senak
- Kembung
- Slalu kentut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- Keradang organ seperti pankreas, apendiks
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan seperti sembelit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.