
Sulit
5 tahun
Sakit perut setiap pagi
Saya remaja 16 tahun sering sakit perut setiap pagi lepas breakfast , kemudian saya rasa bengkak dekat kesan operate mengapa ya ? saya pernah operate appendix bulan lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarka keterangan anda, lebih banyak maklumat yang kami perlukan untuk membuat kesimpulan tentang sakit perut yang anda alami. Pertama, sakit perut yang anda alami adalah sakit seperti mahu membuang air atau sakit yang pedih? Bengkak yang anda maksudkan pada kesan pembedahan apendiks pula, adalah bengkak yang anda maksudkan berbentuk benjolan kulit, atau kawasan tersebut menjadi bengkak yang merah, bernanah, atau sakit dan panas ketika disentuh?
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.