
Sulit
5 tahun
Sakit perut tak boleh kentut tak boleh berak
Perut sy sakit memulas mcam nk berak … tapi bile nak berak keluar cecair atau susah nak keluar , nak kenatut pun susah … lepas makan … perut still rasa lapar and kembung… minum air halia n segala jenis petua pun sama saja … ape sy boleh buat lagi. Sy sudah pergi check doktor tapi dia hanya bagi sy ubat oral and charchol saja … tak membantu langsung sebab sy still sakit

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut, tidak boleh kentut dan tidak boleh berak adalah petanda yang merisaukan kerana ianya boleh disebabkan oleh masalah “Bowel Obstruction” dan merupakan masalah KECEMASAN. Anda disarankan untuk ke hospital jika masalah ini berlarutan. Namun, antara sebab lain kepada masalah ini ialah:
- Sembelit akibat kurang pengambilan serat dan air
- Kurang makan
- Masalah psikologi jika buang air di tempat yang asing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.