
Sulit
4 tahun
Sakit perut, tengkuk dan bahu serta rasa mcm nak pitam
Hi, sy wanita berumur 30 tahun, saya ada 4 anak yg masih kecil, tahun lepas saya pasang iud… bulan lepas saya tak period dan 3 hari ni saya rasa perut rasa memulas, sakit pinggang, rasa mcm nk pitam bila berdiri lama, rasa badan tu seram sejuk dan tekak tiada rasa apa, bahu dan tengkuk sakit… persoalan saya, adakah sebab saya kekurangan darah atau adakah saya boleh pragnant bila dah ambil iud… anak saya yang kecil baru berusia 1 tahun 1 bulan. Tq doc

4 tahun
Terima kasih untuk soalan anda.
Buat pengetahuan anda, IUD adalah salah satu kontraseptif yang terbaik dengan keberkesanan lebih daripada 99% dan juga lebih berkesan daripada pil perancang keluarga.
Untuk menjawab soalan anda, IUD atau intrauterine device, merupakan sejenis alat pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Kehamilan hanya berlaku pada kurang dari 1% dalam kalangan wanita yang menggunakan IUD. Jika anda hanya menggunakan IUD untuk mencegah kehamilan, anda tidak memerlukan pil perancang keluarga.
Untuk makluman pihak anda, masalah pitam yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah akibat kekurangan darah
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Masalah mata
Hanya dari keterangan anda atas, ianya tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan mengenai sebab sebenar masalah anda. Terdapat bayak lagi maklumat lain, pemeriksaan serta ujian harus dilakukan sebelum diagnosis boleh dibuat.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.