
Sulit
5 tahun
Sakit perut yang mencucuk serta pedih ulu hati
Saya wanita dalam 20an dan mengalami sakit perut yang mencucuk cucuk. Saya tidak makan nasi dalam masa 7hari dan pada hari ke 8 saya mula mengambil kembali makanan berasaskan nasi, dan pada hari ke 9, saya kembali tidak mengambil makanan berasaskan nasi. Dan selepas saya tidak mengambil nasi, perut saya mula tidak rasa sedap dan mencucuk cucuk serta membuatkan saya mual. Saya tidak mempunyai sejarah appendix atau gastrik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, masalah utama yang anda hadapi ialah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.