
starintheworld17
5 tahun
Sakit perut yang teramat sakit
Saya wanita berumur 31 thun. .suda berkhwin dan ada 2 org anak. .soalan saya. .saya mengalami sakit perut di area kanan perut. .sakit itu mejadi kuat selama 10 minit dan beransur kurang selama berapa jam dan sakit kuat lagi. .bila sakit kuat itu datang. .sakit itu terasa smpai di area paha. .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam sistem kencing
- Jangkitan sistem kencing
- Radang pelvis
- Sakit belakang melibatkan saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.