Sulit
3 tahun
Sakit perut yg memulas
doktor kebelakangan ini saya sering mengalami sakit perut yg memulas dan agak pedas di bahagian dalam perut.Ketika pergi ke tandas tiada apa apa najis yg kluar .Kadang kadang berasa sakit perut seperti hendak buang air besar tapi tidak kluar najis pun.sakit perut terkadang di sekitar pusat bahagian kiri dan kadang berpindah ke kanan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut yang memulas walaupun tiada masalah cirit birit mahupun sembelit. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut yang memulas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gastritis( gastrik)
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
- Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.