
Sulit
3 tahun
Sakit pinggag terutama masa kerja
Sakit bila baring dan kerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Menurut kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah sakit pinggang ketika baring dan sewaktu berkerja. Jangan bimbang, kami akan membantu anda.
Secara umum, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Kekejangan otot
- Kedudukan badan yang tidak betul sewaktu berehat
- Teknik mengangkat barang yang salah
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius seperti:
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Saraf terhimpit ( nerve entrapment )
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami sekaligus mengetahui rawatan terbaik buat anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.