Sulit
4 tahun
Sakit pinggang atau tulang belakang
Sejak kebelakangan ini saya sering sakit pinggang dan apabila saya menahan nafas agak lama saya dapat rasakan urat di tulang belakang saya berdenyut dan merasa sakit.selain itu juga zakar saya tidak dapat ereksi ketika ingin bersama isteri saya.untuk maklumat doktor saya pernah terlibat kemalangan setahun yang lalu.adakah perkara yang saya alami ini kesan daripada kemalangan dan apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan pada zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.