
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang bahagian kanan
Saya seorang perempuan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak 2 orang.saya tidak ada sejarah masalah kesihatan sebelum ini. Saya dapati pinggang bahagian kanan saya sakit. Pinggang yang dekat bahagian tulang. Bila saya duduk lama macam duduk atas lantai, lepas tu nak bangun memang rasa sakit kat bahagian tu.tp bila saya berjalan, buat kerja rumah, sakit kat situ tak rasa pun. Bila rasa sakit kat bahagian tu, efek rasa sakit 1 kaki kat belah kanan. Kenapa ya doktor? Dekat 5 bulan dah sakit. Macam on off…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit pinggang serta sakit kaki sebelah kanan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Tabiat duduk yang kurang sihat
- Kecederaan pada otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang
- Kecederaan pada tulang belakang
- Gangguan saraf
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.