
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang bahagian tengah
Saya wanita berusia 26 tahun…telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 2 tahun…apakah punca sakit pinggang di bahagian tengah, kebiasaannya akan sakit sekiranya saya baring menegak atau berdiri terlalu lama…apakah ubat yang sy boleh consume atau cara untuk merawat? Tetima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui punca sakit pinggang bahagian tengah yang anda alami. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami sekaligus mengetahui rawatan terbaik buat anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.