Sulit
3 tahun
Sakit pinggang berterusan selama 3 minggu
hi doktor…saya berumur 35 tahun…soalan saya …saya mengalami sakit pinggang selepas mengangkat barang berat dan tidak boleh bergerak hampir seminggu…saya telah mendapatkan rawatan doktor dan diberi ubat dan suntikan tetapi selepas 2 minggu keadaan yang sama berlaku setelah saya mengangkat sesuatu yang agak berat…selalunya jika hal ini berlaku ia akan mengambil masa seminggu untuk pulih…tetapi kali ni agak pelik sehingga berasa kebas ringan dan lenguh di bahagian bahu serta seluruh tangan kiri …soalan saya…adakah saya mengalami simptom stroke?atau ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang yang berterusan selama 3 minggu. Berdasarkan situasi anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan berpunca daripada trauma/ kesan mengangkat benda berat. Namun, masalah sakit pinggang juga boleh berpunca atas sebab lain seperti:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Berkenaan gejala kebas ringan dan lenguh di bahu, kami memerlukan maklumat yang terperinci daripada anda bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Bagaimanapun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan kondisi seperti radang sendi, sakit beku bahu (frozen shoulder) dan terseliuh (sprain). Namun, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan mengenai punca sebenarnya boleh dibuat. Bagi penyakit stroke, ia adalah suatu penyakit yang bersangkut paut dengan kesihatan otak, maka untuk menetapkan diagnosis, ianya memerlukan pemeriksaan yang teliti.
Anda dinasihatkan untuk segera meminta bantuan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti;
- kelemahan pada tangan
- kedua-dua belah muka tidak sekata
- tidak boleh bercakap dengan jelas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih