Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang dan belakang
saya berkerja sebagai pemandu jarak jauh sudah sekian lama sejak kebelakangan ni badan dan pinggang berasa sakit boleh kah saya urut atau lebih baik berjumpa doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit pinggang dan badan anda boleh disebabkan:
- Kekejangan otot belakang - akibat postur tidak kondusif
- Masalah cakera tulang belakang - seperti tergelincir/tertolak
- Masalah buah pinggang - seperti radang buah pinggang atau jangkitan kuman
Sekiranya anda berasa hal ini disebabkan oleh masalah otot, anda boleh pergi berurut, membuat senaman dan regangan yang betul, mengamalkan postur duduk, berdiri, berjalan dan berbaring yang betul, letakkan “ice/cold pack”, serta pelekat tahan sakit. Namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























