
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan bibir selalu pucat
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Doktor.
saya wanita dalam usia 19 tahun
Saya ingin mendapatkan nasihat dan pencerahan dari Doktor mengenai masalah yang saya alami.
saya kerap sakit pinggang belakang and selalu bibir cepat kering dan pucat kenapa ye? Badan saya juga sering letih terlalu penat walaupun saya tak buat sebarang kerja berat dan bila saya kencing akan keluar cacing tapi tidak selalu…
Mohon bantuan dan pencerahan dari Doktor.
sekian…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan bibir selalu pucat. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Anemia
Mengenai gejala kencing keluar cacing, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya masalah tersebut timbul lagi memandangkan adanya risiko jangkitan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan bole dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan sekiranya masalah ini berlarutan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!