
dadudadaxx
5 tahun
Sakit pinggang dan cramp di kaki kanan
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya mengalami masalah kerap kencing dan sakit pinggang. Saya sudah berjumpa dengan doktor dan doktor mengesahkan saya mengalami kencing kotor dan sudah diberi antibiotik dan ubat lawas kencing. Akan tetapi, selepas pengambilan ubat pun saya masih mengalami masalah yg sama. Masalah kerap kencing saya ni on off on off sejak sebulan yg lalu. Antara perkara lain saya alami adalah sakit pinggang. Bila saya duduk sy rasa sakit pinggang, bila bercangkung,m dan waktu rukuk ketika solat. Adakalanya kerja harian saya terganggu kerana jika saya sakit pinggang saya akan terbaring sahaja. Kadang2 juga saya mengalami cramp di kaki belah kanan dari peha ke bawah. Adakah ia perkara biasa kerana saya memandu? Skrg sy tidak kerap memandu pun kerana saya bekerja sendiri dirumah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.