
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan kaki sebelah kanan
Dr, saya rasa mcm ada contraction. Datang dan hilang stiap 5-10 minit. Saya sedang haid. Dan haid kali ni datang lbh awal dari biasa… Ada kah ini symtom symtom lain. Dan ada yg boleh saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Sakit atau ketidakselesaan mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Pendarahan yang banyak dan berpanjangan
- Lemah dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pergerakan anda terbatas
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.