
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang dan sakit tumit kaki
Saya wanita berusia 36thun, berkahwin ade 2 org ank kembar berumur 8thun…
Kebelakangan ini, saya rase sakit pinggang yg kuat ibarat sakit wktu dtg bulan dan sakit di tumit kaki yg agak teruk bile berdiri lame…
Berat badan saya 70kg dan tinggi saya 155cm
Badan saya selalu rase lemah, letih dan mengantuk… Saya selalu sembelit dan kdg2 selalu cirit birit tetapi tidak ade rase loya n pening… Sakit pinggang kdg2 di bahagian tgh, kdg2 dibahagian kiri & kanan pinggang… Air kencing warna jernih biase, tidak ade rase sakit waktu kencing… Apakah masalah saya sebenarnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
(Batu karang pada saluran buah pinggang)
(Ovulasi dan haid juga boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang)
Bagi masalah lain seperti sakit tumit kaki, ia mungkin disebabkan oleh masalah obesiti kerana setelah dikira mengikut maklumat berat dan tinggi yang puan beri, BMI puan ialah 29.1 (iaitu dalam lingkungan obese tahap 1). Puan haruslah mengurangkan berat badan puan supaya masalah ini dapat diselesaikan.
Namun, terdapat beberapa punca sakit tumit yang lain dan maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.