
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang dibahagian kiri perut dan sesak nafas
Saya wanita berumur 19 saya mengalami masalah sakit di bahagian pinggang saya di sebelah kiri dibahagian bawah berdekatan dengan perut sebelah kiri…rasa sakit seperti menyucuk dan seperti tertarik sehingga ke bahagian belakang dan bahu…saya juga sukar untuk tidur kerana sakit tersebut namun apabila saya berdiri sakit itu tidak dirasai atau berkurangan. Pagi tadi saya juga mengalami sakit tersebut dan sukar untuk bernafas tetapi selepas beberapa minit keadaan saya menjadi lebih baik.apakah yang sedang saya alami…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya faham mengenai kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit pinggang.
Untuk makluman anda, sakit pinngang di sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:
- Jangkitan salur kencing
- Batu di buah pinggang ataupun pundi kencing
- Sindrom nefrotik
- Radang glomerulus (glomerulonephirtis)
- Endometriosis
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Keradangan usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.