
Sulit
4 tahun
Sakit Pinggang hingga menyebabkan sukar untuk berjalan Dan melakukan sebarang pergerakan
Sakit pinggang atau lebih kepada sakit belakang tapi hampir ke punggung.
Sakit sehingga bila nak berjalan Akan sakit Dan rasa stuck.
Agak sukar kadang Kala untuk baring secara lurus.
Kadang Kala sakit pinggang Tu, effect pada tulang belakang. Dia rasa macam sakit + ngilu.
Kebiasaanya berlaku ketika waktu Malam ketika sedang berehat.
Jadi, adakah disebabkan penat kerana duduk lama atau Ada sebab lain juga ye?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal (i.e. muscle sprained)
- gangguan saraf (i.e. HNP)
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu rasa sakit
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul (ergonomik) apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda juga disarankan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
- kaki atau pinggang membengkak, kemerahan atau tanda-tanda inflamasi yang lain
- perubahan / masalah kencing atau buang air besar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.