
isroyaliff
5 tahun
Sakit pinggang kanan dan perut bawah pusat
Saya lelaki umur 28tahun.Pagi tadi saya rasa sakit perut bawah pusat. Lama sikit saya sakit belakang tiba2. Belah kanan.Saya ada rasa mual2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Masalah anda mungkin berkaitan dan mungkin tidak berkaitan.
Antaranya punca sakit perut adalah:
- Sembelit
- “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
- Batu karang:
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing
Sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis ) atau tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.