
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang menyucuk dan kebas dari pinggang hingga kaki
Saya zul berumur 41,sekarang saya mengalami sakit pinggang menyucuk di sebelah kiri bila datang sakit saya akan rasa kebas dari pinggang hingga tapak kaki. Saya dah jumpa pakar oto tapi dia cakap tak ada apa tapi sya mmg sakit teramat sangat hanya bertahan dengan ubat mecobelamin tramadol paracetamol dan gabapanthen tolong sya doc dah lama sangat hampir setahun saya menderita bejalan lama pon sakit hingga saya guna tongkat sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit pinggang, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk makluman anda, kebas kaki boleh disebabkan banyak perkara daripada yang kurang serius kepada yang sangat serius. Namun setiap penyakit yang menyebabkan kebas kaki perlu di diagnos dengan lebih terperinci di klinik melalui persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal. Berikut merupakan antara sebabnya:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Sekiranya ibu anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Keadaan anda juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih risau dengan sakit pinggang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.