
Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang n ari-ari
Selamat sejahtera dr…saya ingin bertanya…4 hari lepas saya mempunyai sakit di bahagian pinggng n sakit belakang belah kanan serta kerap kencing dalam kuantiti yg kecil.setelah dua hari sakit itu telah hilang tetapi saya demam pasang surut selama 2 hari…kemudian saya telah berjumpa dr di satu syrkt swsta n mndptkn rwtn n mngtkn sye kncing kotor…saya pn dbri ubt dmm,antibiotik,lawas kncing…apbila hri kelima, demam saya telah surut tetapi saya mendapati saya sakit dibahagian ari2 belah kiri pula…boleh saya tahu penjelasan dari dr.terima kasih atas kerjasama dan respon.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
Dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.