syifaaina509
4 tahun
Sakit pinggang, pinggul dan kaki
Aslam dokter, saya dah sebulan lebih rasa sakit pinggang, bila tunduk rasa sakit dan bila duduk lama tak rasa selesa. Pinggul saya terasa pedih2 nyeri sampai ke kaki saya. Kaki saya terasa kebas2.sya smpai jadi lemah satu badan. Sya nak tau sbb apa sya jadi mcm ni…mcm tada tnga nak bt aktiviti. Sya dah pergi mengurut. Tapi tada apa perubahan. Sblum ni sya dah ambil ubat tahan sakit, agin dan urat. Tada apa perubahan juga.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit pinggang yang menjalar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia nucleus pulposus (HNP) - apabila bantalan tulang belakang terkeluar sehingga menekan saraf dan menimbulkan kesakitan
- Sciatic nerve pain - keradangan saraf sciatic
- Spondilolisthesis - apabila salah satu tulang belakang bergerak ke depan
- Spondilytis - sejenis keradangan tulang belakang
Sebetulnya, bagi membezakan diagnosis kesemua masalah yang disenaraikan diatas, adalah memerlukan pemeriksaan lanjut. Malah, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.