
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang pinggul dan perut bahagian ari ari
Assalamualaikum…sy nak tnya doktor sy wanita berusia 31tahun ,masuk minggu kedua sy sakit bahagian pinggang hingga ke tulang pinggul ,sakit bahagian abdomen turut melibatkan kepak belakang dan dada sy rasa nyeri di tengah terutama sebelah kiri, sy sudah scan dan doktor memberitahu sebab angin dan sy binggung kerana masih sakit dan badan sy makin lemah .rawatan apa perlu sy buat bagi mengesan sakit dari awal…sy amat rungsing ,sakit bahagian ari ari pedih sangat sekali sakit datang dan hilang…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- gangguan otot & saraf
- gangguan muskuloskeletal
- gangguan saluran urogenital
atau gangguan organ wanita yang spesifik seperti - Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik.
- Endometriosis
- Adenomyosis
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.