
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang sakit bawah perut
Saya wanita berumur 20an , period saya tak teratur . Bulan lepas saya dh period , dan saya tick dalam app. Sepatutnya semalam saya dh period tapi saya tk period . Harini saya rasa sakit pinggan belakang dan bawah perut dan keluar cecair keputihan jernih dan pekat .

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda berkenaan sakit pinggang dan bawah perut yang disertai keputihan yang jernih dan pekat. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, sakit pinggang belakang dan bawah perut boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, antaranya:
- Postur tubuh tidak betul
- Kecederaan tulang, sendi atau otot
- Masalah saluran kencing atau buah pinggang
- Masalah berkaitan ovari bagi wanita
Namun begitu, sakit pinggang dan perut yang disertai gejala cecair keputihan yang pekat juga boleh menandakan jangkitan kelamin yang serius atau keadaan lain yang memerlukan rawatan khusus.
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini di klinik atau hospital yang berdekatan, agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan. Anda juga boleh menghubungi kami bagi konsultasi atas talian untuk bantuan lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.