
Anonymous
4 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan & belakang
Saya sara berusia 22thun… saya inginkan kepastian tentang masalah sakit pinggang di sebelah kanan & juga belakang… saya sudah pun ke klinik utk mndapatkan rawatan, doktor juga telah mmberikan ubat… tapi sakit di bahagian pinggang kanan ni tidak hilang… ada kala sakit ni diikuti rasa ngilu yg teramat sangat sehingga ke bahagian peha dan kaki… saya susah untuk duduk seperti biasa kerana rasa sakit ni buat saya tak selesa… harap doktor dapat mmbantu

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sakit pinggang boleh disebabkan oleh:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!