
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan hingga ke tapak kaki
Saya wanita 30-an dan mempunyai 5 org anak. Sejak kebelakangan ini,saya mengalami sakit pinggang hingga menyebabkan kaki saya merasa kebas dan lenguh apabila dalam keadaan baring. Saya akan menaikkan sedikit kaki dengan mengampu di atas bantal dengan harapan ia akan berkurangan disamping menyapu dengan ubat panas untuk melegakan lenguh. Sakit ini hanya di bahagian pinggang hingga ke kaki sebelah kanan. Mohon pncerahan dari Doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot dipanggil lumbago. Penyebab sakit pinggang dari lumbago adalah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.