
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang sudah melebihi sebulan lebih dan tidak selasa dan nyeri pada bahagian kiri pinggang saya
Saya wanita 20an dan belum berkahwin. Saya mengalami pinggang sejak sebulan lalu. Saya bangun tidur sakit, duduk terlalu lama sakit, batuk sakit. Skrg, rasa nyeri terdapat di sebelah kiri bawah pinggang saya sudah selama 20jam, apa masalah saya dan apa patut saya buat? Berat saya 57kg dan tinggi 160cm… dulu saya hanya sakit bila hendak tunduk, tapi skrg… saya lebih merasai sakit itu. Kaki saya tiada kebas. Cuma pinggang sblah kiri makin menjadi-jadi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara dan umum berlaku pada individu usia produktif, antaranya:
- Masalah mekanikal seperti kejang otot dan masalah tulang belakang
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Karang dalam salur kencing
- Jangkitan salur kencing
- Masalah saraf
- Kecederaan pada bahagian pinggang seperti terjatuh
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Ia juga boleh berpunca dari masalah lain yang kami tidak sebutkan kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.