
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang tak boleh duduk terlalu lama
Saya perempuan berumur 19 tahun. Pinggang saya terasa sakit ketika saya duduk. Saya tidak boleh duduk terlalu lama. Duduk lebih kurang 10 minit saja sudah Sakit. Tetapi Sakit pinggang akan hilang kalau saya berdiri dan baring.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam badan
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal (i.e. muscle sprained)
- gangguan saraf (i.e. HNP)
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu rasa sakit
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri berada pada posisi yang betul (ergonomik) apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
- kaki atau pinggang membengkak, kemerahan atau tanda-tanda inflamasi yang lain
- perubahan / masalah kencing atau buang air besar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.