
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang walaupun disentuh sikit
Saya berumur 18 tahun. Saya nak tanya, normal kah kalau pinggang kita sakit walaupun sentuh sikit? Contohnya kena cucuk atau geletek. Bila kena geletek, tidak rasa geli… Cuma sakit. Pinggang saya sebelah kanan juga selalu sakit, pernah jadi sakit perut rasa macam dicucuk cucuk. Kenapa tu ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang walaupun disentuh sikit. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan bole dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan sekiranya masalah ini berlarutan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!