jnurul0489

4 tahun

Sakit pinggang yang tak tau apa sebabnya

Saya seorang wanita , 20 an… saya ingin bertanya. Mengapakah setiap hari saya akan sakit pinggang , kadang kadang sampai kaki. Saya dah pergi klinik untuk check tapi tiada apa apa sakit. Saya sudah x-ray tetapi tidak ada apa apa yg menyatakan saya ada sakit apa apa. Tapi kini saya masih sakit sampai sekarang… dulu seqaktu saya pelajar saya selalu kena angkat benda berat. Bila saya sakit keluarga saya kata sebab saya gemuk. Saya keliru dan buntu dengan sakit yg saya alami sekarang ini… daripada tahun lepas sehinggalah harini pinggang saya masih sakit… kadang kadang ia jadi kebas , kadang kadang berdenyut. Sakit nya terasa sampai kaki… saya ada pergi buat ptb (pembetulan tulang belakang) di pusat rawatan traditional mereka mengatakan bahawa saya kena slipdisc. Tpi saya tk pasti apakah itu benar ataupun tidak…kerana apabila saya ke klinik dan hospital namun doktor tidak menyatakan apa apa sakit tetapi saya ttp sakit. Saya harap saya dapat dibantu.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut, pemerhatian dan pemeriksaan serta ujian tertentu mungkin diperlukan. Namun begitu, berdasarkan keterangan yang anda berikan, apabila keluarga anda mengatakan anda gemuk, adakah anda mempunyai masalah berat badan?

Buat pengetahuan anda, masalah berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada tulang, otot dan postur tubuh. Hal ini kerana rangka tulang anda tidak dapat menampung beban yang lebih menyebabkan terdapat otot yang perlu bekerja lebih keras atau terdapat struktur seperti saraf yang terhimpit. Keadaan ini boleh menjadi punca masalah kesakitan yang anda hadapi.

Untuk mengatasi masalah ini, anda amat disarankan untuk mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan seimbang dan bersenam. Sekiranya sakit yang anda hadapi semakin teruk, sila rujuk kembali kepada doktor agar penyiasatan lanjut dapat dilakukan bagi mengesan punca sebenar.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)