
Sulit
4 tahun
Sakit pinggul sblh kiri
Saya rasa sakit pd bhgn pinggul sblh kiri sampai ke tulang rusuk. Rasa mcm ada angin terperangkap. Sakit sangat. Rasa sakit tu kdg pergi ke peha sampai betis sblh kiri. Ini adalah kali kedua sakit ni dtg. Pls advice mcmn or apa saya nak buat bila kejadian ni berlaku lagi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanya kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, kami memerlukan informasi lebih lanjut daripada anda untuk membuat sebarang kesimpulan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Namun begitu, untuk makluman anda rasa sakit pada pinggul dapat disebabkan oleh beberapa penyakit yang akan diisenaraikan di bawah. Salah satu penyakit tersebut ialah Sindrom Piriformis. Gejala lain sindrom piriformis termasuk:
- Sakit di bahagian punggung
- Sakit akan bertambah selepas duduk yang berpanjangan
- Sakit dan kebas di belakang paha, betis dan kaki (sciatica)
- Sukar ketika berjalan naik tangga dan rasa sakit
- Pergerakan sendi pinggul akan berkurangan
Penyebab sindrom piriformis antaranya termasuklah:
- Bengkak pada otot piriformis, disebabkan kecederaan atau kekejangan
- Kekejangan otot dalam otot piriformis, sama ada disebabkan iritasi otot piriformis itu sendiri, atau
iritasi struktur berdekatan seperti sendi sacroiliac atau pinggul - Perdarahan di kawasan otot piriformis.
Salah satu atau gabungan daripada penyebab di atas boleh menyebabkan sakit pada pinggul dan boleh menjejaskan saraf sciatic bersebelahan (menyebabkan kesakitan, kesemutan, atau kebas di belakang paha, betis, atau kaki).
Di samping itu, rasa sakit pada pinggul boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain selain sindrom piriformis antaranya ialah:
- Bursitis
- Ketegangan otot
- Penyakit kulit (kayap)
- Slipdisc
- Artritis
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih