
ala_kew
2 tahun
Sakit pinggul sebelah bahagian sahaja
Saya wanita berkerja dibahagian kesihatan. Berumur 24tahun dan sedang hamil anak pertama. Usia kandungan saya baru sahaja 18minggu tapi sy sering sakit pinggul sebelah kiri sahaja. Bmi badan saya adalah normal. Pada tahun 2016 sy pernah tergelincir didalam tandas. Semenjak sy hamil dan masuk 12minggu ke atas sy mudah sakit pinggul apabila berjalan atau buat kerja terlalu lama. Posisi tidur terlentang sangat menyakitkan apabila sakit pinggul sudah sy terasa bila berjalan. Saya hanya akan tidur mengiring bagi mengurangkan sakit. Jadi soalan sy adakah sakit ini sebab hamil atau kesan jatuh di dalam tandas. Apa yang patut sy lakukan? Sekian terima kasih dari sy Rash.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Kehamilan adalah suatu keadaan yang amat berisiko dan segala gejala harus diambil berat dan dirawat.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapii.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih