Anonymous
6 tahun
Sakit Puan ( lendir darah selepas bersama suami)
hai doktor, sy berumur 27 tahun baru berkahwin 8bulan…sy telah pun mempunyai sejarah penyakit hpv iaitu ketuat kelamin, dan sudah pun sembuh…jika selepas bersama suami terdapat lendiran darah…adakah normal? sebab sebelum ni tidak ada pun, cuma baru sehari terjadi…adakah berpunca dari penyakit saya yang lepas? perlukah sy berjumpa dengan doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































